Ipoh we are here!

Ipoh ni kejadian yang dah agak lama jugak la. A few weeks ago punya cerita but since kira ini first pengalaman melawat Ipoh yang sebetul-betulnya lah so mari kita blog kan hihihi…

Ke Ipoh ni pun memenuhi undangan kenalan rapat. Anak dia kahwin dengan orang Ipoh. First time pegi masa bertunang tapi memang ke situ jelah. Takde pun nak merayap, melawat ke apa.

Anyhow… sambung kisah ke Ipoh tu. Bertolak hari Sabtu pagi memandangkan pengantin nikah lepas Asar on the same date. Berempat lah kami pergi satu kereta. Teruja rasa sebab bukan selalu dapat nak buat road trip ramai-ramai kan.

Bertolak around 8.30am macam tu tapi takde la convoy dengan family pengantin ke apa (malas nanti tertunggu-tunggu or terkejar-kejar) So kita lek-lek je jalan. Sampai Ipoh nanti baru roger-roger kan. Since kami pun booking hotel untuk tido semalam kat sana. Singgah Starbuck untuk alas perut. Tak ingat Starbuck hentian mana (aku ni ada masalah pelupa yg kronik :D)

Tak banyak gambar ambik sebab mostly letak kat Insta Stories (my bad) Lepas tu takde lah nak save ke apa. So hilang gitu jelah *nangis*

Sampai Ipoh around 12pm gitu. Alhamdulillah jalan pun tak jammed elok smooth je. So kita pusing-pusing cari hotel. Kami booking Container Hotel Ipoh. Kawasan Container Hotel ni memang best sebab heritage punya tempat. So belakang tu ada macam-macam jenis kedai yang hipster but still kekalkan konsep kedai dolu-dolu. Then ada orang meniaga. Kawasan yang memang menarik. Instagram worthy orang kata!

Kami try check-in dulu kot-kot la boleh walaupun sampai awal. Nasib budak tu kata ok. Then selesai check-in kami gerak untuk cari tempat parking and makan. Perut da keroncong minta di isi kan.. Pusing-pusing payah jugak nak cari parking . Full! Then carik tiket untuk parking. Oh Ipoh guna parking ticket ye.. Kalau tak ada nanti kena saman or clamp. Tak nakkkk… dah la baru sampai, kena saman pulak. Memang menempah!

Sambil-sambil cari tiket parking tu sempat pulak terjumpa satu mural yang sangat cantik. Berdekatan dengan padang Majlis Perbandaran Ipoh tak silap. Apa lagi. Kenalah ambik gambarkan hahaha..

Screenshot_2017-04-28-09-38-55-681_com.instagram.android
ha tu dia.. Instagram posed orang kata kan.

Settle je tiket parking so misi mencari tempat parking. Nasib ada yang berdekatan dengan hotel. Lintas seberang jalan je. So apa lagi angkut segala baju, beg semua lintas jalan. Nasib orang-orang Ipoh masih pandai and faham apa fungsi zebra crossing tu. So takde la susah sangat nak melintas ūüėõ

Hotel ni memang cantik. Kalau dah Container nama nya so duduk pn bilik sharing dalam container. Satu bilik ada 12 katil queen size. Memang basic la. Just ada cermin and plug untuk kita cas handphone. Bila ada 12 katil meaning kau share dengan orang asing. Cuma macam kami, kami mintak female sahaja. Takdak campur lelaki perempuan. Lebih selesa kan.

female-pod4

pod-plus2
Ini antara contoh katil and keadaan bilik dia
pod-plus5
Bilik mandi + tandas

Kami punya memang takde view lah. Gelap suram gitu je. Tapi aku ok. Sharing tu pun aku takde masalah. Sebab tiap-tiap cube tu ada blind untuk privacy so ok lah. Cuma nak tukar baju better korang pergi tandas kot. Macam aku, aku belasah tukar dalam cube tu. Pendekkan so senang je nak membongkok ke apa. Cuma satu je yang macam bagi spoil sikit, tempat mandi and tandas dalam satu bilik. So, bagi orang yang nk buat small @ big business kena lah tunggu orang lain settle mandi. Even kau nak cuci muka or gosok gigi pun still kena tunggu depa. Macam tak best kan. Masa kau habis menunggu cuma kita still boleh guna any of the bathroom (sharing or non-sharing, atas or bawah)

IMG_2309[1]
Ni area belakang hotel. Atas tu ada lampu-lampu kecil comel.
IMG_2310[1]
Ni kawasan area berdekatan Plan B. Memang Instagram worthy lah
Settle kemas barang semua, kami meneruskan misi jalan-jalan. Since belakang hotel ni penuh dengan berbagai aneka jenis benda nak tengok. Macam biasalah, ramai orang meniaga souvenirs, makanan & minuman. Kawasan sini pun terletaknya Plan B Restaurant. Ambient memang menarik and sekali lagi Instagram worthy hahaha.. Very old fashion punya looked tp berjaga dan cantik sangat. Tak sangka ok.

Area kawasan hotel kami ni pun penuh dengan kedai-kedai kopi yg sangat hipster and old school. Kami sempat skodeng area Concubine Lane. Memang cantik! Area kedai comel yang jual bermacam-macam jenis barangan and makanan. Kami singgah dekat satu kedai jual soya. Kebetulan ada seorang abang ni (rasanya Ipoh Heritage punya pekerja) suggest untuk singgah. 100% vegan and no animal fat or artificial color added untuk soya diorg. Aku order tau fu fah white¬†sugar. Memang favorite aku dari dulu. Mama order tau fu fah dengan halia & sarang burung or something. Lain-lain order soya sejuk. Then tokey kedai tu baik hati belanja kami tau fu fah dengan palm¬†sugar. Sedap wei…. (Lagilah free. bertambah kesedapan) Gambar? maaflah ku letak dalam IG stories so memang takde le… sobsob

BTW sapa-sapa nak pergi boleh gugel Concubine Line Tau Fu Fah mesti jumpa!

1
Curi dari Pakcik Gugel. Tau Fu Fah dengan palm sugar
concubine-lane-tau-fu
Ehsan pakcik gugel lagi. Rupa kedai dia and memang beratur macam tu.
download
Tau Fu Fah dengan sarang burung. Ehsan Pakcik gugel jugak

Settle merayap sekitar Concubine Lane and kebetulan hari pun hujan so kami decide ke satu coffee shop. Nama kedai kopi tu tak silap Nellis Deli. Dia ambik kedai cermin mata lama. Memang lama uolls. Takde ubah apa-apa pun. Kedai ni boleh tembus ke lane Plan B tu balik semula. Suasana memang best tapi kedai a bit kecik and sentiasa la pack. Nasib masa kami datang tu ada seat kosong dekat dengan pintu. Jadilah. Since takde nak makan berat pun just nak mengopi je. So kami just order 2 kopi ais and 1 teh ais. Then tambah satu set cucur udang.

Air dia memang cawan plastik besar tu. Sesuai lah nk kongsi berdua. Cucur udang dia memang best walaupun pricey sedikitlah harga compare dengan harga pasaran kan?? Tapi memang best! udang dia besor-besor. Alamat Nellis Deli kt bawah ni.

Address: 99 Jalan Sultan Yusuf | Ipoh Old Town, Ipoh 30000 Perak.

the-old-shop-entrance
Entrance masuk ke nellis deli. Old school sangat kan?

Then settle makan we all decide untuk balik ke hotel dan bersiap. Since majlis nikah dijadualkan selepas Asar (and aku kalau bersiap ya ampun lama ok! So lets balik and mandi bagi segar semula.

Settle siap semua and pengantin pun dah call tanye kami kat mana  download (1) so gerak la ke Taman Intan tak silap nama tempatnya. Berjumpa family pengantin then baru gerak sekali. BTW family pengantin sewa homestay since ramai kan. Selesa la homestaynya. Double storey plus wifi pun ada. Setakat untuk bersiap memang ok sangat. Aircon pun ada untuk setiap bilik.

Sampai ke rumah pengantin tengok pengantin still tak siap lg. Aishhh… Pengantin perempuan pun dah called kata kadi dah sampai. Hahaha.. memang havoc kejap sebab ayah pengantin pun dah bising-bising suruh cepat.

Screenshot_2017-04-28-09-47-26-687_com.instagram.android
Gambar dengan pengantin lepas nikah. Peach theme

 Balik dari rumah pengantin perempuan terus singgah ke homestay pengantin lelaki. Tunggu untuk makan malam. Jujurnya ingat nak cari makan sendiri tapi dah family diorg insist untuk tinggal dan makan sama-sama so baiklah ikutkan je. Tak nak nanati ada yang kecik hati plus free food. Sapa yang mampu tolak?? lol

Balik dari homestay just pusing-pusing area hotel. Plan nya nak ke Plan B ngopi-ngopi tapi… macam tak kena dengan selera pulak. Macam ada banyak lg kedai kopi yang better dari Plan B. So skip semua tu, ambik gambar a bit then terus naik hotel. Better berehat cukup-cukup sebab esok nak bangun awal jugak. Dapatkan rehat yang cukup! (untuk aku lah yang bersiap lama benar¬†download (2)

Bangun pagi tu gugel mana tempat sarapan yang best. Hari Ahad, ada a few tempat best yang tutup pulak. Sedih sungguh huhuhu. Gugel punya gugel terjumpa satu kedai makan best. Sarapan 1Malaysia katanya. Nama kedai tu? Restoran New Hollywood. Katanya macam-macam jenis makanan boleh jumpa kat sini. Malay, Chinese or Indian. Cakap je. Restoran ni vegetarian restaurant and halal untuk semua jenis hidangan

Gerak la kami ke sana. Tak jauh pun. Guna waze mesti jumpa. Mummy turun kan kami untuk cari tempat duduk sementara dia cari parking. Terjumpa plak cameraman pengantin pun sarapan situ jugak. Tengok ada macam-macam jenis makanan terjual memang rambang mata. Ada wanton mee, roti canai, western breakfast, cakoi, char kuey tiow, roti bakar telor goyang, chee cheong fun and macam-macam lagi. Siap ada dessert custard gula melaka. Penat la dok rayau tawaf satu-satu gerai tu. Finally ku order Prawn Chee Cheong Fun and roti telur. Mummy pun order roti telur bawang. Ayin as usual nasi lemak ayamlah and mama order yong tau fu and roti bakar telur goyang. Memang best! Sempat order custard gula melaka tp tak suka sangat sbb rasa telur so pass ke Ayin. Air semestinya lah kopi ais wei. Datang Ipoh tak order kopi ais memang rugi!

IMG_2311[1].JPG
Menu breakfast kami

Andai kata ke Ipoh lagi memang sini lah kami tuju untuk sarapan! Terbaik! Bukan senang nak tengok 1Malaysia makan kt tempat yang sama.

4202528949_cef5328b45_o.jpg
Ehsan en gugel

Andai kata nak ke sini ha tu rupa kedainya. Memang restoran Cina tapi jangan risau semua pun boleh makan. Memang best! Aku letak alamat kt bawah ni ok!

Address: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Kenyang¬†perut moh le kita balik. Senang nak mandi ke bersiap. Ye.. ye.. ku pegi sarapan tak mandi. Takde la perlu nak mandi sekali lagi. Dalam pukul 10pagi aku dah start bersiap. Nak makeup nya bagai. Memang lembab le. Settle makeup tengok ada masa lagi moh kita ambik gambor lagi. Saja nak penuhkan IG. Lagipun kawasan sekitar ni serius memang cantik. Siap pegi Nellis Deli balik semula tapaw kopi ais. Hahaha…
IMG_2312.JPG
Tengok… sempat lagi. fefeling model hahaha
IMG_2313
Depan Nellis Deli pulak. Ambik pakai timer ok hahaha

Selesai menggedik, terus shoot ke homestay pengantin. As usual lah masih tak siap lagi. Hahaha mateylanak… So menunggu pengantin baru gerak ke rumah pengantin perempuan. 5min je pun dari homestay tu.

Screenshot_2017-04-28-09-46-18-085_com.instagram.android.png
Gambar pengantin tak ambik, ambik gambar sendiri je hahaha

Lama jugak melepak sebelum gerak balik ke Seremban. Dalam 2.30 petang gitu gerak lah. Tu pun penat bagi alasan kat mak pengantin. Kalau tak die suruh tunggu lagi. Itupun jalan da start jem. Kebetulan ada ¬†kemalangan. Kes lori dengan kereta satu family mati tu? Ha ari yang sama. Memang menangis. Tapi sebelum balik sempat la ke¬†Kellie’s Castle. Dah terlanjur ke Ipoh moh le kita p melawat sekejap. Tapi… parking berbayar, nak masuk pun berbayar. Aish… terus tak jadi. Kita ambik gambor kt depan je. Lain kali maybe boleh pergi. Memang teringin sangat nak pegi sebenarnya.

IMG_2314

IMG_2316
Tengok lah gaya bergambar.. Sabor jelah

Itu jelah pun cerita nya. Banyak lagi tempat menarik nk di discovered dekat Ipoh ni cuma kena carik masa betul-betul. Balik tu almost 9jam dalam kereta sebab jem. Kematu bontot! hahaha..

Hello..

Hello hi!

Okay this is my first entry. Teruja gila but tak boleh nak melebih sebab kat ofis kan. So not a very good worker lol.

Selepas sekian lama tak berblog. I am back. Blog dulu-dulu lebih to zaman muda-muda, luahan, keluhan etc.

Tapi kali ni fikir maybe buat something yg different. Since I love travelling even though travelling tempat yg sama je kadang-kadang but still lets documented kan ye dok?

So basically, blog ni pasal travel and food di sepanjang jalan tulah kan? And MAYBE adalah a few rant here and there hahaha..

So yep! lets do this! for now hello from me and jangan malu-malu follow na?!

IMG_2243[1]

Yours truly,

Tuan tanah kedaung ;D